SEPULUH WASIAT
Bacalah-Renungilah-Kemudian Terus Beramal oleh Asy-Syahid Al Imam Hasan Al Bana
Apabila
saudara mendengar azan, maka bangunlah bersholat dengan segera, walau bagaimana
keadaan sekalipun.
Bacalah
Al Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang
baik ataupun amalkalah zikrullah dan jangan sama sekali saudara membuang masa
walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.
Berusahalah
seberapa daya-upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa
Arab yang betul (itu adalah satu-satunya syiar Islam).
Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa
perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun
jua kebaikan.
Janganlah banyak ketawa kerana hati yang
sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tentram.
Janganlah bergurau kerana umat yang sedang
berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
Janganlah saudara bercakap lebih nyaring
daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring
begitu adalah suatu sifat yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
Jauhilah dari mengumpat-ngumpat pribadi orang
dan juga jauhilah dari mengecam pertumbuhan-pertumbuhan
dan jangan bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
Berkenal-kenallah
dengan tiap-tiap saudara Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia
tidak meminta saudara berkenalan kerana asas gerakan Dakwah kita ialah
kasih-sayang dan berkenal-kenalan.
Kewajiban-kewajiban
kita lebih banyak dari pada masa yang ada pada kita, oleh itu bantulah
saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan
berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah
pelaksanaannya.
0 Response to "SEPULUH WASIAT Bacalah-Renungilah-Kemudian Terus Beramal oleh Asy-Syahid Al Imam Hasan Al Bana"
Posting Komentar